Ahad, 18 Mei 2008

PANDUAN MEMILIH PASANGAN HIDUP MENGIKUT ISLAM

PERASAAN cinta adalah satu fenomena biasa kepada semua orang. Cinta adalah fitrah semulajadi manusia. Semua orang memerlukan cinta dan cinta merupakan sesuatu yang halus dan perlu untuk hidup. Setiap orang yang bercinta mengharapkan untuk dan hidup bersama. Jesteru itu sebelum kita menjalin hubungan cinta suci kita perlu memberikan perhatian terhadap beberapa panduan yang digariskan oleh agama dalam memilih pasangan hidup. Jika kita tersalah pilih maka hidup kita tidak akan bahagia.

Lazimnya masa ini perkahwinan adalah lanjutan daripada menifitasi cinta yang telah terjalin. Perkahwinan adalah satu perkongsian hidup di antara lelaki dan perempuan. Pasangan yang berkahwin akan berkongsi hidup, anak-anak, harta benda malah segala yang berkiatan dengan pasangan kita. Jesteru itu sebelum kita memilih sesaorang untuk menjalin hubungan cinta maka kita perluteliti dan mempertimbangkan semasak-masaknya.

Agama Islam telah memberikan beberapa garis panduan dalam usaha kita untuk memilih pasangan hidup. Semoga dengan mengikuti panduan memilih pasangan mengikut agama akan memberikan kita kebahagian hidup yang hakiki. Mengikut agama calon yang bakal kita pilih untuk berkongsi hidup mestilah seorang yang baik dan mempunyai pengetahuan tentang agama dan mengamalkannya dengan baik. Biasanya mereka yang mempunyai pengetahuan agama dan mengamalkan ajaran agama akan mempunyai budi pekerti yang baik kerana agama Islam menggalakkan umatnya berakhlak mulia.

Syarat pertama ini amat penting untuk menjamin kebahagian dan keutuhan rumah tangga yang bakal dibina nanti. Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud,” Jangan kamu kahwini sesaorang wanita itu kerana kecantikannya. Kerana mungkin kerana kecantikannya akan membawa kerosakan kepada mereka sendiri. Dan jangan kamu kahwini mereka kerana mengharapkan harta kekayaannya. Kerana mungkin harta kekayaan itu menyebabkan mereka sombong. Tetapi kahwinilah mereka kerana dasar agama. Sesungguhnya hamba sahaya yang hitam kulitnya adalah lebih baik jika dia beragama.” (Riwayat Baihaqi)

Sabda baginda Rasulullah lagi, “ Sesaorang wanita itu dikahwini kerana hartanya, kecantikannya, keturunannya dan agamanya. Tetapi sebaik-baiknya pilihlah yang bertanggungjawab terhadap agamanya. Kerana hal itu tentu akan menyenangkanmu.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan lain-lain)

Kedua-dua hadis yang tersebut menekan kepentingan agama pada diri seorang wanita jika dibandingkan dengan kecantikan, atau harta kekayaan yang ada pada dirinya. Ini kerana wanita solehah adalah harta yang paling berharga di dunia ini, sebagaimana kata Amar bin Ash, salah seorang sahabat baginda Rasulullah, “Dunia ini adalah harta. Dan sebaik-baik harta dunia ialah wanita yang soleh.” (Riwayat Muslim)

Firman Allah Azzawajjala dalam surah An-Nisa ayat 34: “Wanita yang soleh itu ialah wanita yang taat kepada Allah dan suaminya, serta memelihara hak-hak suaminya sewaktu suaminya tidak bersama.”

Walaupun agama harus diberi keutamaan dalam pemilihan pasangan tetapi tidak bererti paras rupa tidak perlu diperhatikan kerana naluri semulajadi manusia suka kepada sesuatu yang indah dan cantik. Jesteru itu agama Islam memberikan izin sesaorang untuk melihat wajah calon suami/isteri sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. Sebagaimana sabda baginda Rasulullah, “Apabila Allah S.W.T. telah meletakan rasa cinta pada diri sesaorang di anatara kamu, maka lihatlah wanita pilihanmu itu. Kerana yang demikian akan lebih jelas lagi dan dapat menimbulkan kerukunan di antara kedua suami isteri tersebut.” (Riwayat Ibnu Majah, Tirmizi dan An-Nisa).

Agama Islam juga tidak mengalakan perkahwinan berlaku dikalangan keluarga yang terdekat. Allah S.W.T. berfirman dalam surah An-Nisa, yang mengharamkan seorang lelaki menikahi wanita-wanita yang tersebut dibawah ini:-

Ibu-ibumu
anak-anak perempuanmu
saudara-saudara perempuanmu
Saudara perempuan ayahmu (Mak Saudara sebelah ayah dan ibu)
anak-anak perempuan dari saudara-saudara lelaki dan perempuan (anak buah)
ibu-ibu yang menyusuimu
Saudara sesusuan
ibu-ibu isterimu (ibu mentua)
anak-anak isterimu yang kamu pelihara, dari isteri yang kamu tiduri (anak tiri yang ibunya telah disetubuhi. Tetapi jika ibunya belum disetubuhi maka boleh dinikahai anaknya setelah ibunya diceraikan)

Umar bin Khattab juga pernah mengatakan bahawa perkahwinan di antara dua orang yang dekat hubungan darahnya akan melahirkan keturunan yang lemah jasmani dan rohaninya, sebagaimana pesannya kepada Bani Saib: “Kamu semua sudah lemah, oleh kerana itu kahwinilah dengan orang-orang yang jauh hubungan keluarganya denganmu.”

Selain masalah keturunan, perkahwinan yang berlangsung di antara orang-orang yang tidak mempunyai ikatan kekeluargaan ataupun dari bangsa yang berlainan kerana akan merapatkan hubungan keluarga dan menjalin rasa persaudaraan dan melenyapkan rasa perkuaman, sebagaimana Firman Allah S.W.T. :”Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan wanita, dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, supaya kamu saling mengenali.” (Surah Al-Hujurat ayat 13)

Agama Islam telah lama melarangkan perkawinan diantara keluarga dan terdekat dan tidak begitu mengalakan perkahwinan yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Dan kini kajian saitik telah memperakui bahawa perkahwinan di antara keluarga yang terdekat hubungan akan melahirkan keturunan yang rendah tingkat kecerdasannya. Sebaliknya penikahan di antara seorang lelaki dan wanita yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan bahkan dari bangsa lain umumnya akan melahirkan keturunan yang tinggi tingkat kecerdasannya.

Sehubungan itu diharapkan dikalangan golongan remaja yang hendak mencari pasangan hidup maka berilah keutamaan kepada agama sebagai syarat nombor wahid dalam usaha membina rumahtangga yang rukun damai dan bahagia. Memang menjadi cita-cita dan idaman setiap pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan ingin terus hidup bersama hingga akhir hayat.