Ahad, 27 Januari 2008

WARKAH CINTA

HATI YANG TERLUKA
SALAM bahagia buat Sara. Aku rasa tentu sekali kau bahagia sekarang. Mungkin cukup bahagia. Sedarlah wahai Saraku, kebahagian yang sedang kau kecapi itu adalah hasil penderiaan orang lain. Orang yang pernah kau kenal dan kau sayang.

Kini kau telah berjaya menyakiti hati, jiwa dan perasaanku. Mungkin kini kau telah puas? Walau apa pun yang kau buat padaku, aku tak pernah marah jauh sekali dari mendendamimu kerana aku benar-benar menyanyangi dirimu. Coretan ini hanya sekadar untuk mengurangkan kepedihan hati yang terpaksa aku tanggung.

Sara… kini sudah lebih setahun kau menyepi diri. Berpuluh kali aku hantar SMS tapi kau tak pernah membalasnya. Sedarkah kau, setiap saat, malah setiap detik aku senantiasa mengingatimu dan menanti SMS daripadamu. Aku yakin kau telah membuang aku jauh dari hidupmu.

Aku kecewa mengenangkan sikapmu yang begitu kejam terhadapku. Aku sedih kau tak pernah jujur denganku. Aku rasa kau hanya mencipta alasan bahawa dia adalah pilihan keluarga hanya semata-mata untuk menutup pekong di dadamu.

Mungkin perbezaan antara kita begitu jauh bagaikan langit dengan bumi. Dan aku tidak layak untuk bergandingan denganmu. Persoalannya, mengapa dari awal kau tak berterus-terang? Mengapa kau mempermainkan hati, jiwa dan perasaanku?

Sara… disaat kau diijabkabulkan tanpa kau sedari aku telah mengutus doa kepada Ilahi, semoga kau berdua sentiasa dinaungi awan kebahagian. Aku ikhlas, semoga kau benar-benar bahagia disamping dia.

Aku terpaksa menjalani kehidupan yang dipenuhi ranjau dan duri cinta. Aku terpaksa berhati-hati menjalani sisa-sisa kehidupan yang ada. Aku juga bak musafir yang kehausan di tengah-tengah padang pasir yang mengharapkan seteguk air untuk menghilangkan dahaga.

Biarlah aku terus sendiri buat masa ini. Aku mengharapkan ada sedikit sinar yang dapat menerangi hidupku. Aku masih tidak dapat melupakan dirimu. Aku masih terbayang saat-saat indah ketika bersamamu. Aku sedar kau tak mungkin akan datang lagi padaku.

Ada lagikah sinar kebahagiaan buatku? Bilakah akan ku temui sinar itu? Aku tak tahu!

Norman Saidi,
Alor Setar, Kedah.