Rabu, 22 Julai 2009

TIP

TIPS CARI SUAMI

Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti" Itulah sedikit dari bait2 lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yg sering bermusim dan sayangnya yg tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dlm memilih pasangan. Andainya sikit drpd cinta itu hendak diberi pada seseorang yg boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang SEPERTI DIBAWAH INI :-


1-Kuat agamanya.Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yg tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.


2-Baik akhlaknya.Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.


3-Tegas mempertahankan maruah.Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.


4-AmanahJika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.


5-Tidak borosDia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.


6-Tidak liar matanyaPerhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.


7-Terbatas pergaulanSebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas.


8-Rakan pergaulannya.Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.


9-BertanggungjawabRasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya utk parents dan ahli familynya. Jika parentsnya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab



10-Tenang wajahApa yg tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pd air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya..."

Selasa, 17 Februari 2009

PUISI CINTA

TAJUK : APA DAYAKU!

Apalah Dayaku….

Andai dapat ku undur semula putaran dunia
Pastinya akan ku ubah semua detik masa
Untuk terus menyelami ke dasar pintu hatimu
Mencari suara hati yang tercelaru di rantai rindu
Apalah daya ku………

Andai aku memilki masa,
sudah pasti aku pertaruhkannya
Merampas hatimu yang ku damba
Meskipun ku tahu kesudahannya kita takkan mungkin bersama
Kerana antara kita dibelanggu janji seribu sebelum bertemu
Apalah daya ku……

Ku cuba pejam mata tapi tak terlena
Kerana ku masih teringat padamu
Begitu payahnya nak ku melupakan
Tidak pernahkah engkau fikirkan..

Dalam diri ini ada namamu,
nama sorang insan yang aku rindu
Dalam jiwa ini ada pilunya…
pilu yang membuat aku menangis hibanya

Nasib yang begini tak pernah aku inginkan
Takdir yang begini tak pernah aku doakan namunku pasrah
Yang ku mimpi kejayaan jadi perhiasan hidupku
Yang ku doa kebahagian di dunia dan akhirat denganmu

Sakit hati….sakit sekali bila mengenang ruang yang di beri tak dihargai
Pilu hati….pilu sekali bila melihat kau dipimpin tangan pergi
Kau yang ku puja kini mekar harum dijambangan orang….

Kalau ku tahu sakit begini tidak aku menyayangi mu
Kalau ku tahu seksa begini tidak aku bermain cinta
Pilu resah dihati ini mengusung rindu
Jiwa ini dibelasah rindu ….ku tak berdaya
Bayang wajahmu hilang dimata selamanya……


Karya : Azhar Seberang Jaya