EMPAT CARA INTIMKAN HUBUNGAN CINTA
PERASAAN cinta dikalanagn remaja adalah perkara yang cukup biasa di zaman ini. Namun ramai dikalangan remaja terpaksa berhadapan dengan putus cinta. Kadang-kala punca putus cinta dikalangan remaja berpunca daripada kesilapan yang terlalu kecil.
Menyedari hakikat ini blog CITRACINTA ingin kemukana empat cara bagaimana boleh mengintimkan hubungan cinta agar tidak putus ditengah jalan. Golongan remaja harus mengerti bahawa perasaan cinta terhadap sesaorang bermakna kita ingin mendekatinya, ingin memilikinya dan ingin untuk bersamanya dalam apa jua keadaan.
Jesteru itu kita harus saling mengerti diantara satu sama lain. Perkara ini menjadi perkara nombor wahid yang tidak boleh dihindari. Kita harus selalu beruseha untuk mengerti keadaan dan situasi pasangan kita. Misalnya jika kekasih kita tidak dapat keluar bersama kita di malam minggu, tak payahlah mengomel. Mungkin dia ada urusan lain yang harus diselesaikan terlebih dahulu. Bukankah esok masih ada untuk bertemu dengannya. Jadi bagi memupuk jalinan cinta yang terbina kita harus saling hormat-menghormati dan saling faham memahami.
Dalam mengharungi gelombang cinta juga kita tidak boleh terlalu mengokong pasangan kita hingga menyukarkan dia untuk bergerak. Bercinta adalah untuk berkongsi rasa dan jangan sekali-kali kita cuba untuk menyakiti pasangan kita dalam apa jua keadaan. Jangan sekali-kali melarang pasangan kita membuat sesuatu yang dia suka. Jangan cuba mengatur kehidupannya. Jika kita bersikap begini lambat laut kekasih kita akan mula merasa bosan dan lama kelamaan perasaan cinta yang telah sedia terpahat kan musnah.
Walaupun perpatah melayu ada mengatakan bahawa ‘Cemburu itu tanda saying.’ Tapi harus diingat perasaan cemburu harus dikawal dan jangan keterlaluan. Kalau cinta merasa cemburu tak tentu pasal atau dengan kata lain cemburu buta maka pasangan kita akan merasa tertekan dan yakinlah usia percintaan yang dijalin bersamanya tidak akan kekal.
Jangan sekali-kali kita mendengar kata orang yang mengatakan pasangan kita keluar dengan sesaorang dan tanpa usul periksa kita terus memarahinya. Sewajarnya kita harus selidik dan kemudiannya bertanya dengan cara baik kepada dirinya. Ketepikan rasa marah dan melemparkan tuduhan yang melulu. Berbincang dengan fikiran yang tenang.
Memang kita tidak menafikan bahawa setiap orang yang menjalin hubungan percintaan akan diselubungi perasaan cemburu tapi perasaan itu jangan terlalu ditonjolkan. Ini akan membuatkan pasangan kita rasa terlalu dipuja dan mulalah membuat pelbagai kerenah untuk menarik perhatian kita.
Dalam memperkukuhakan hubungan cinta kita perlu juga untuk saling mengalah. Apa salahnya kalau sesekali kita mengalah untuk orang yang mat kita sayangi. Misalnya ini kekasih kita mengajak kita untuk berkelah sedangkan kita tidak begitu berminat. Apa salahnya sesekali kita mengikut kehendaknya. Jika sesekali kita mengikut kehendaknya pastinya kekasih kita akan bertambah saying dan dia rasa kita mengerti apa yang dia suka.Mengalah semata-mata untuk menyenangkan hati kekasih cukup baik. Ianya akan menambahkan lagi rasa kasih dan saying dia kepada kita.
Jadi bagi memperkukuhkan jalinan cinta yang sedang dibina pratikanlah apa-apa yang disebut tadi. Pasti kita akan Berjaya menawan hati, jiwa dan perasaannya. Cinta yang dijalin akan sentiasa segar, mekar dan harum hingga melangkah ke jinjang pelamin. Cubalah panduan ini kecuali Cinta Monyet. Selamata mencuba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan