Sabtu, 23 Ogos 2008

NOTA CITRACINTA

CINTA ITU BUTA DAN TAK KENAL SIAPA

PERASAAN cinta yang bersarang di lubuk hati setiap orang manusia adalah fitrah semulajadi manusia. Cinta adalah mainan perasaan ini yang sukar dikawal dan dimergertikan. Kadang-kadang bila kita mengejar cinta, cinta ini akan lari jauh daripada kita. Dan ketika kita takut dan ingin lari darinya dia akan dating dekat dengan kita.

Cukup anih dengan perasaan cinta ini kerana perasaan ini akan tumbuh dan tak kenal siapa, tidak kira samada tua atau muda. Jika perasaan ini tumbuh dikalangan remaja kita tidak hairan kerana itulah fitrah orang muda. Keadaan menjadi cukup anih, pelik dan ajaib jika perasaan ini bersemi di hati sanubari orang tua yang telah berkahwin dan punya keluarga.

Saya ingin ketengahkan isu ini kerana sejak kebelakangan ini saya telah menemui beberapa insiden cinta tua dikalangan kawan-kawan saya. Seorang kawan saya yang yang telah bekeluarga dan berusia disekitar tiga puluhan, mula bertugas di tempat baru. Di tempat baru ini tiba-tiba terlihat seorang anak gadis dan risik-risik yang dibuat dengan teman-teman sekerjanya anak gadis itu telah bertunang dan tunangan gadis itu juga bekerja di situ.

Pelik bin ajaib mereka tidak pernah bertegur sapa. Sepanjang lebih kurang sebulan mereka hanya bermain mata. Mereka hanya berkomunikasi hanya dengan pandangan dan perlakuan. Entah mengapa tiba-tiba anak gadis itu telah berhenti kerja membuatkan kawan saya ini murung macam ayam berek kapur.

Semangat untuk bekerja tiba-tiba luntur dan dia memberitahu saya dia hendak berhenti kerja. Katanya dia rasa sunyi dan bosan. Dan kebetulan dia tinggal di sini menyewa bersama anak-anak muda dan isterinya berada jauh di lumut.

Begitulah perasaan cinta yang tumbuh di hati kawan saya ini. Hingga kini nama anak gadis itu pun dia tak tahu, tak pernah berbicara tapi hatinya telah jatuh cinta. Mungkin inilah yang dinamakan cinta itu buta dan cinta tak kenal siapa.
Dan satu lagi cerita seorang teman yang lain yang berusia dalam likungan tiha puluhan juga telah mengalami perasaan cinta di hatinya. Kawan saya ini pernah berkahwin dan berpisah dengan isterinya selepas beranak dua. Kini dia telah berkahwin lain dan mempunyai seorang anak. Dan baru-baru ini dia mula berkenalan dengan seorang gadis di tempat kerjanya. Katanya dia hanya suka-suka.

Saya katakana kepadanya, jangan kalau tak mahu hadapi masalah di masa depan. Jangan mainkan hati dan perasaan kerana apabila hati dan perasaan ini mula berkembang dan bersarang perasaan cinta di lubuk hati sukar untuk kita hindari.

Nampaknya apa yang saya katakana hampir-hampir menjadi kenyataan tapi nasib kawan saya ini agak baik kerana anak gadis itu jenis panas baran dan hanya ingin mengambil kesempatan bagi mendapat kemudahan hidup.Cuba bayingkan kalau anak gadis ini seorang yang baik dan Berjaya menawan hatinya tentu akan mendatangkan masalah yang besar dalam hidupnya.

Dalam saya terfikir-fikir soal ini tiba-tiba saya mendapat panggilan telefon dari seorang kawan baik saya di tempat kerja lama untuk bertemu dan berbual. Memang sudah menjadi kebiasaan kami lama-lama sekali kami akan bertemu dan berbual. Umur kawan saya ini hampir mencecah 50 tahun juga sudah berkeluarga.

Di pertemuan ini dia mencerita masalah cinta tua yang mula bersemi di hati sanubarinya. Puncanya hanya kerana beliau suka mengusik rakan sekerjanya juga sudah berkawin dan punya dua orang anak. Kawan saya mula rasa hanyut dan tengelam dalam gelombang cinta dan cuba menarik diri. Tapi apabila cuba menjauhkan diri kawan perempuan itu mula buat peragai. Bila kembali baik seperti biasa perempuan itu akan kembali normal.

Saya sendiri pernah mengalami citra seperti di atas, di mana hati saya telah jatuh kepada seorang gadis pada padang pertama. Cinta itu lahir dari hati yang suci lagi bersih. Masalahnya pertemuan ini terjadi ketika saya sendiri berada dalam keadaan yang cukup naïf selepas saya melepaskan jawatan Pegawai Perhubungan Awam syarikat perumahan atas dasar prinsip. Iaitu selepas beberapa bulan Datuk Seri Anwar di singkir daripada kerajaan dan parti.

Disebabkan masalah itu saya cuba sedaya upaya untuk menyingsihkan perasaan cinta yang telah bersarang di hati saya. Walaupun susah dan sakit saya terpaksa demi memelihara hati dan perasaan anak-anak dan isteri saya. Saya tak mahu isteri saya menerima nasib macam ibu saya yang di madu dan tidak dipedulikan dan saya juga tidak akan membiarkan anak-anak saya menerima nasib seperti saya yang tidak pernah mendapat belaian kasih saying seorang ayah.

Walaupun isteri saya sendiri tidak pernah melarang saya untuk berpoligami dengan syarat saya boleh berlaku adil. Namun atas kesedaran ini saya terpaksa menyisihkan perasaan ini dan dalam waktu yang sama memang saya ingin terus mendekatinya. Kini dia telah berkahwin dan mungkin telah berbahagia bersama suaminya yang tersayang.

Jauh di sudut hati saya kadang-kadang timbul kekesalan kerana perempuan ini jenis perempuan yang baik dan boleh menjadi ibu rumah. Cuma pertemuan ini berlaku pada ketika yang tidak kena. Terus-terang hingga kini dan sampai bila-bila hati dan jiwa saya sering teringat dan terkenangkan dia.

Jelas di sini cinta itu benar-benar buta dan cinta juga tak pernal kenal siapa. Masalahnya kehadiran perasaan itu tidak boleh di sekat kerana itulah fitrah semulajadi manusia yang ingin saying menyayangi diantara kaum Adam dan Hawa kerana kejadian Hawa adalah dari tulang rusuk Adam.

Tiada ulasan: