Rabu, 27 Januari 2021

DENGARLAH BISIKAN HATI

 SALAH satu kelemahan paling ketara kita manusia tidak mahu mengikut suara hati. Kita tak pernah percayakan suara hati kita sendiri sedangkan suara hati kita tidak pernah menipu.

Kita lebih percayakan apa yang kita lihat dengan mata dan apa yang kita dengar dengan telinga kita sedangkan mata dan telinga kita boleh menipu kita.


Oleh kerana blog ini membicarakan soal cinta sesuai dengan namanya CITRA CINTA maka kita lihat di sudut itu. Misalnya apabila kita bertemu dan mengenali sesaorang kita rasa suka sangat dengannya. Kita ingin mengenalinya dengan lebih dekat malah jauh di sudut hati kita ingin memilikinya.

Namun kita tidak berani bersuara. Kita tak berani menyatakan apa yang kita rasa walaupun hati kecil kita menyuruh kita menyatakannya. Mungkin juga kita merasakan diri kita lemah dan serba kekurangan sedangkan dia hidup penuh bergaya.


Mana mungkin orang yang serba lemah dan kekurangan ini berhasrat menjalin hubungan dengan orang yang hidup berjaya dan bergaya. Namun hati kita terus mendesak walaupun kita memang ingin saja mengikut kata hati kita tapi kita tewas dengan keadaan diri kita.

Kalau kita amati dan renung sikapnya memang amat baik dan amat prihatin  dengan kita. Berdasarkan sikap itu kita merasakan berkemungkinan besar kita mempunyai peluang.

Sekali lagi kita menafikan bisikan hati apabila fikiran kita merasakan dengan membuat andaian sikap baiknya itu adalah sifat semulajadinya dan dia memang begitu dengan semua orang. Apabila pemikiran itu memenuhi minda kita maka hasrat hati yang berbaur itu lenyap begitu saja.

Sesekali hati kita tetap berdetik, dia juga memang sukakan kita. Cuma dia malu nanti dikata perigi mencari timba. Persoalannya apa yang hendak dimalukan, Siti Khadijah yang melamar Nabi MuhammadSAW. Berdasarkan  sirah dan sunnah Rasulullah SAW sikap itu tidak salah di sudut agama sikap.

Berkemungkinan kita dibelenggu dengan pandangan masyarakat yang nampak kurang manis. Peduli apa pandangan masyarakat asalkan di sudut agama tidak salah. Mungkin dia tidak terdaya menghadapi semua kemungkinan itu.

Kita tahu dan kita sedar bahawa bisikan hati kita tulus. Hati nurani kita tidak akan pernah berbohong. Lebih-lebih lagi kita sering memberikan hati kita makanan dengan berzikir dan beristigfar.

Lalu hati kita berkata, kenapa kita saja yang memulainya? Fikiran kita sekali lagi mengalahkan bisikan hati nulani kita, mana mungkin! Dia merak di kayangan sedangkan kita hanya gagak di rimba. Merak di kayangan tak mungkin akan bergandingan dengan  gagak di rimba.

Hati nurani terus berbisik, “Kalau begitu sikap kamu walaupun  memang dia milik kamu tapi lantaran kamu tidak berusaha maka dia tidak akan menjadi milikmu.”

Begitulah  sikap rata-rata kita yang bernama manusia tidak mempercayai bisikan hati nurani sendiri. Bisikan halus hati nurani kita sering dikalahkan oleh pemikiran dan andaian kita.

Jadi sekiranya memang kita tidak yakin dengan bisikan hati nurani kita sendiri maka kita lipat gandakanlah berzikir dan beristigfar dan mendidik hati nurani kita dengan sifat mahmudah seperti ikhlas, rendah diri, zuhud agar tidak mudah dipengaruhi oleh nafsu supaya kita dapat mempercayai bisikan hati nurani kita yang tulus itu dengan penuh keyakinan.


TERIMA KASIH KERANA MENGIKUTI ARTIKEL INI DAN KALAU ADA          KELAPANGAN SAYA MOHON IKUTILAH JUGA YOUTUBE DARI CHANNEL SAYA INI.

KALAU BERMINAT BOLEH JUGA BERKARYA BERSAMA BLOGGER. CERPEN DAN PUISI YANG DISIARKAN DI SINI DAN BLOG-BLOG LAIN BLOGGER AKAN  DIPERTIMBANGKAN UNTUK ANTOLOGI APABILA CUKUP JUMLAHNYA. SELAMAT BERKARYA.



MENGENAI, KHIDMAT & HUBUNGI KAMI

 MENGENAI KAMI

BLOG CITRA CINTA   adalah sebuah portal yang membicarakan soal cinta. Portal ini juga menyediakan peluang dan ruang untuk para perniaga khususnya perniaga kecil untuk memperkenalkan perniagaan, perkhidmatan atau produk yang diniagakan di internet dan media social.

 Kami akan membuat satu banner di bawah artikel di blog ini  dan menulis article mengenai perniagaan Tuan/Puan dan menyiarkan di UTARA BIZ atau MEDIA UTARA. Banner di blog ini akan di link ke artikel tadi. Artikle ini kami akan share dengan grup komuniti yang terdapat di FB di kawasan Tuan/Puan menjalankan perniagaan.

 Kami juga akan membuat Vedio biasa atau vedio bergambar berbentuk slide yang akan dimuat naik di Youtube dan akan di selit di bawah article kami mengenakan bayaran yang amat berpatutan.



 


 NAK IKLAN BISNES ANDA?

 Anda seorang perniaga! Anda  sedar pemasaran  melalui  iklan merupakan segmen yang cukup penting dalam memajukan perniagaan dan meningkatkan jualan. Tapi anda tidak cukup masa untuk melakukannya! Anda juga tidak punya kakitangan yang cukup untuk menggerakkan promosi. Budget anda juga terlalu kecil untuk membiayai kegiatan pengiklanan. Malah kadang kala anda tidak tahu bagaimana nak iklankan.

                                                     Jangan risau hubungi CITRA CINTA,  kami akan membantu anda menyelesaikan masalah promosi dengan kos yang cukup rendah. Kami akan menulis article dan diposkan ke Portal Utara Biz. Kami juga akan buat vedio mudah dan di poskan ke Youtube. Video Youtube itu akan diselitkan juga di bawah article yang dibuat. Atikle yang dimuatkan di Utara Biz kami akan promosikan ke grup komuniti di FB di sekitar kawasan perniagaan anda seminggu sekali selama sebulan.

 Kami juga akan membuat banner yang akan diletak di bawah artikel dan blog lain dan linknya akan disambung kepada artikel yang telah dibuat. Harga yang ditawarkan cukup murah hanya RM250.00.

Sekiranya anda ingin terus promosi dalam grup komuniti berhampiran kawasan perniagaan anda dengan menggunakan artikel yang sama kami hanya tawarkan RM100.00 untuk seminggu sekali selama sebulan.


 HUBUNGI ARZAMAN SULAIMAN DI TALIAN 

NO : 019-860 3093 (WHATSAPP) 

ATAU 

NO : 010-231 3093 (TELEGRAM)