Sabtu, 29 Disember 2007

UCAPAN

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2008
CITRA CINTA INGIN MENGUCAPKAN KEPADA SEMUA "SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2008, SEMOGA TAHUN BARU INI AKAN LEBIH BERMAKNA DAN BERERTI BUAT KITA."

Ahad, 23 Disember 2007

Madah Cinta

"Sekiranya cinta yang dibina itu gagal mengatasi pemikiran yang waras maka percintaan itu akan menghadapi kehancuran. Jadi layarilah bahtera cinta dengan mengunakan pemikiran yang waras agar jalinan cinta yang dibina akan kekal abadi."

"Usah ditangisi kemusnahan cinta pertama. Jadikanlah pengajaran bagi mengadun cinta yang kedua. Cinta kedua pasti datang dengan kenikmatan sekiranya diberi peluang."
Kata-kata Hikmat Prof. Hamka
"Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras. "

"Hawa nafsu membawa kesesatan dan tidak berpedoman dan akal menjadi pedoman menuju keutamaan. Hawa nafsu menyuruh mengelamun,berangan-angan, tetapi akal menyuruh menimbang. "

"Kenal akan keindahan dan sanggup menyatakan keindahan itu kepada orang lain adalah bahagia"
Kehebatan Sukarno menakluk hati wanita
Baru-baru ini kota Jakarta dan semua bandar di Indonesia bergema dengan nama Sukarno sempena 100 tahun kelahiran presiden pertama negara itu. Pelbagai sambutan diadakan bagi mengenang tokoh yang mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia pada tahun 1945 dan meninggal dunia pada tahun 1970.
Namun Sukarno bukan sahaja dikenang sebagai seorang pemimpin unggul Indonesia yang telah berkhidmat hampir 22 tahun kepada bangsa Indonesia sebagai presiden tetapi beliau juga dikenali sebagai `penakluk wanita' paling hebat di negara itu.
Kini sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-100, kisah-kisah cinta Sukarno yang cukup unik dan menarik kembali dicanangkan di media massa utama Indonesia.
Justeru, minggu ini penulis akan memaparkan kembali kisah menarik tersebut sebagai renungan dan pengetahuan kita bersama.
Isteri terakhir yang dinikahi secara rasmi oleh Sukarno ialah Heldy Djafar setahun sebelum kejatuhannya sebagai presiden pada tahun 1967.

KLIK UNTUK TEKS PENUH
SERTAI SAHABAT BLOG MACHANG BUBOK
PELBAGAI GANJARAN MENANTI SAHABAT

CABUTAN BERTUAH
a) Hadiah Pertama RM300.00
b) Hadiah Kedua RM200.00
c) Hadiah Ketiga RM100.00
d) Hadiah Saguhati : 8 hadiah setiap satu bernilai RM50.00

HADIAH MISTERI
RM50.00 setiap 50 orang. Sahabat yang bertuah yang memdapat angka 50,100,150,200 dan seterusnya,

BONUS MISTERI
a) Bonus Misteri Pertama bernilai RM70.00
b) Bonus Misteri Kedua bernilai RM400.00
c) Bonus Misteri Ketiga bernilai RM3,000.00

INSENTIF GALAKAN
Sekiranya Tuan membantu kami mempromosi dan mendaftar Sahabat Tuan akan mendapat RM10.00 seorang.

KETERANGAN LANJUT KLIK DI SINI

Sabtu, 15 Disember 2007

SELAM,AT HARI RAYA AIDILADHA

Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha kepada seluruh umat Islam. Bagi umat Islam yang melaksanakan korban lakukanlah dengan ikhlas dan mengikut syariat Islam agar pengorbanan yang dibuat mendapat keredaan Allah Azawajalla.
Daripada : Blog Master

PENGUMUMAN

IBU KESAYANGAN BLOG MASTER MENINGGAL DUNIA
AL-FATIHAH, ibu kepada Blog Master, Yah Binti Saleh, 79 tahun telah selamat pulang kerahmatullah pada 10hb. Disember 2007 yang lepas bersamaan 30hb. Zulkaedah 1428 Hijrah setelah terlantar sakit lebih kurang satu setengah bulan.

Bagi saya, ini merupakan satu kehilangan yang cukup besar dalam hidup saya kerana emak saya adalah seorang adalah seorang isteri, ibu serta nenek yang cukup baik malah dikalangan saudara-mara, jiran tertangga dan kawan-kawannya mengatakan beliau adalah Raja Manusia.

Kebaikan itu terserlah apabila beliau tidak pernah bergaduh dengan isteri-isteri ayah saya yang lain. Malah isteri saya juga boleh tinggal sebumbung dengan beliau sejak kami kahwin lebih kurang 22 tahun yang lalu hinggalah beliau menhembuskan nafasnya yang terakhir.

“Saya mengambil kesempantan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada saudara-mara, rakan dan taulan yang telah sudi meluangkan masa untuk menziahi jenazah ibu saya.”

“Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Kakak dan Abang saya serta anak-anak mereka yang turut menjaga dan menziarinya sepanjang beliau sakit selama satu setengah bulan itu.”

“Saya yakin walaupun beliau sakit tetapi ini merupakan saat-saat yang cukup bahagia buat dirinya kerana semua anak cucu bukan saja menjaganya malah memberi perhatian yang cukup baik. Malah saya merasa cukup senang dan bahagia apabila sembahyang jenazah dan majlis tahlil turut disertai oleh anak-anak cucunya.”

Ahad, 9 Disember 2007

CERPEN CINTA

DERITA RINDU

KETIKA ini pintu hatiku terkatup dan terpeteri rapat untuk istilah cinta Laila dan Majnun. Aku tak percaya! Bagiku tidak ada cinta semurni cinta Allah azzawajala kepada hamba-Nya. Rahmat dan nikmat-Nya tetap mencurah walaupun hamba-Nya ingkar melaksanakan seruan-Nya. Juga tidak kedapatan cinta yang seutuh cinta ibu kepada anaknya, biarpun anak itu tidak pernah mengenang budi namun cinta ibu tetap kukuh dan tidak mudah digoyah.

Aku yakin, cinta berlandaskan kecantikan akan pudar dimamah usia. Cinta berteraskan pangkat dan darjat akan hanyut bersama hilangnya kedudukan. Dan cinta bersendikan budi akan mati bersama terkuburnya jasad. Jadi!!! Tidak ada kecintaan yang kekal melainkan kecintaan kepada Allah subhanallah..

Berdasarkan keyakinan ini, aku tidak pernah cuba mendekati cinta yang palsu. Kini usiaku telah mencecah angka tiga puluh namun lambaian cinta palsu tidak pernah dilayan. Aku bimbang tertipu kerananya. Aku tak tahan menanggung rasa. Jadi sebelum ia terjadi aku perlu menghindarinya.

Tapi… sejak kebelakangan ini, pintu hatiku mula diketuk orang. Panahan api asmara menyala-nyala membakar pateri hatiku. Hatiku yang dulunya keras bagaikan nak cair. Lambaian cinta terus melambai-lambai memanggilku.

KLIK UNTUK CERITA LANJUT

SAJAK/PUISI CINTA


PERTAMA KALI KU RENUNG MATAMU

Pertama kali aku merenung matamu
Kau membalasnya
Aku jadi tak keharuan
Semangatku yang telah lama padam
kini menyala kembali
menyinari kehidupanku
membakar dan menyala dan memberi sejuta harapan

Lalu aku cuba mendekatinya
Sayang semakin dikejar semakin menjauh
Aku tak mengerti
Aku tak faham
Akhirnya aku terkulai layu harapanku musnah

Apa yang kita mahu dari pandangan tanpa bicara
Jauh di sudut hatiku
Aku mengerti
Aku faham
Dan aku tahu

Tapi mengapa kau buat-buat tak tahu
Membuatkan aku lemas
Aku karam di daratan
Nukilan Rasa: Arzaman Sulaiman

BANTU BLOG MASTER

SERTAI RAKAN BLOG NURZAMAN ONLINE
Bantu Blog Master Uruskan Blog dan Dapat Pelbagai Ganjaran.

# CABUTAN BERTUAH, hadiah keseluruhan bernilai RM1000.00
# HADIAH MISTERI bernilai RM50.00
# BONUS MISTERI 1 bernilai RM40.00
# BONUS MISTERI 2 bernilai RM300.00
# BONUS MISTERI 3 bernilai RM1900.00
# INSENTIF GALAKAN berbnilai RM5.00

Keterangan Lanjut layarihttp://nurzamanonline.blogspot.com/ atau SMS nama dan alamat ke 019-4571029

MEMO BLOG MASTER

SALAM PERKENALAN DAN SELAMAT BERTEMU

ASALAM MUALAIKUM WMKT., dan Salam sejahtera bagi mereka yang beragama Islam. Hari ini saya melancarkan lagi satu blog yang saya namakan CITRA CINTA. Blog CITRA CINTA ini akan memberikan kesempatan kepada para netter memperkatakan sesuatu tentang cinta.

Anda boleh menceritakan PENGALAMAN CINTA anda kepada para netter, Anda boleh menceritakan NOSTALGIA CINTA anda, anda boleh menukilkan BINGKISAN CINTA,
Anda boleh menulis CINTA TERLUKA, CINTA ORANG TUA, CINTA PERTAMA, CERPEN CINTA, SAJAK CINTA, ERTI CINTA malah apa saja soal yang berkiatan dengan cinta seperti CINTA HAKIKI iaitu cinta kepada Allah Azzawajala.

Dalam masa yang yang sama saya akan menulis artikel-artikel menarik yang berkiatan dengan cinta dari masa ke semasa. Saya amat berharap agar para netter dapat menghantarkan kepada saja apa saja cerita yang berkiatan dengan cinta malah kalau tidak keberatan hantar sama photo-photo yang berkiatan.SAYA MENUNGGU DAN MENGALU-ALUKAN sumbangan kalian. HANTARKAN SUMBANGAN ANDA KEPADA nurzaman20@gmail.com.


Semoga kehadiran blog CITRA CINTA ini akan dapat memberikan maklumat dan pengalaman yang berguna kepada para netter yang memang dahagakan informasi dalam usaha mencari pengalaman.

Sekian, terima kasih.