Ahad, 9 Disember 2007

SAJAK/PUISI CINTA


PERTAMA KALI KU RENUNG MATAMU

Pertama kali aku merenung matamu
Kau membalasnya
Aku jadi tak keharuan
Semangatku yang telah lama padam
kini menyala kembali
menyinari kehidupanku
membakar dan menyala dan memberi sejuta harapan

Lalu aku cuba mendekatinya
Sayang semakin dikejar semakin menjauh
Aku tak mengerti
Aku tak faham
Akhirnya aku terkulai layu harapanku musnah

Apa yang kita mahu dari pandangan tanpa bicara
Jauh di sudut hatiku
Aku mengerti
Aku faham
Dan aku tahu

Tapi mengapa kau buat-buat tak tahu
Membuatkan aku lemas
Aku karam di daratan
Nukilan Rasa: Arzaman Sulaiman

Tiada ulasan: