Ahad, 9 Disember 2007

CERPEN CINTA

DERITA RINDU

KETIKA ini pintu hatiku terkatup dan terpeteri rapat untuk istilah cinta Laila dan Majnun. Aku tak percaya! Bagiku tidak ada cinta semurni cinta Allah azzawajala kepada hamba-Nya. Rahmat dan nikmat-Nya tetap mencurah walaupun hamba-Nya ingkar melaksanakan seruan-Nya. Juga tidak kedapatan cinta yang seutuh cinta ibu kepada anaknya, biarpun anak itu tidak pernah mengenang budi namun cinta ibu tetap kukuh dan tidak mudah digoyah.

Aku yakin, cinta berlandaskan kecantikan akan pudar dimamah usia. Cinta berteraskan pangkat dan darjat akan hanyut bersama hilangnya kedudukan. Dan cinta bersendikan budi akan mati bersama terkuburnya jasad. Jadi!!! Tidak ada kecintaan yang kekal melainkan kecintaan kepada Allah subhanallah..

Berdasarkan keyakinan ini, aku tidak pernah cuba mendekati cinta yang palsu. Kini usiaku telah mencecah angka tiga puluh namun lambaian cinta palsu tidak pernah dilayan. Aku bimbang tertipu kerananya. Aku tak tahan menanggung rasa. Jadi sebelum ia terjadi aku perlu menghindarinya.

Tapi… sejak kebelakangan ini, pintu hatiku mula diketuk orang. Panahan api asmara menyala-nyala membakar pateri hatiku. Hatiku yang dulunya keras bagaikan nak cair. Lambaian cinta terus melambai-lambai memanggilku.

KLIK UNTUK CERITA LANJUT

Tiada ulasan: